Wednesday, October 2, 2013

[BUBUR KEBANGGAAN]

Kan dah ad pilihan....Usahawan Muslim ini sudah menyelesaikan masalah orang ramai yg gemarkan bubur ayam mcm mcd tp taknak menyumbang pada Israel.  Td sy jumpa di Keramat namanya Ahmad Bubur dan Ayam goreng. Rasanya memang sedap. Tahniah..  beliau telah berjaya menambah nilai hidup orang lain.

:::::::NIKMAT YANG LUPA DISYUKURI :::::::

Ramai yg bersyukur hanya pada bila mereka dikurniakan keuntungan,kegembiraan dan kejayaan. Kita lupa nikmat yg perlu disyukuri sebenarnya adalah kesihatan yg baik. Tidak berguna wang berjuta tp hidup hanya untuk dihabiskan untuk berubat. Tidak berguna duit menggunung tapi dihabiskan untuk merawat..

Hari ni sakit tekak + sakit badan, tapi semua jadi tak selesa. Lemah kaki tangan... Ya Allah pulangkan rezeki kesihatan ku... Amiin

Saturday, September 28, 2013

aku yang dulu bukanlah yang sekarang

Sy Rose Hima Hizrian.Kepakaran sy ialah memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan percetakan dan rekabentuk komputer secara online tanpa perlu menunggu lama2,meredah jam, dan mencari parking untuk mendapatkan percetakan berkualiti dan design yg superb. Lebih mudah dan menjimatkan masa.

Saya yang sekarang memang jauh berbeza dari yg dulu. Sekarang sy mempunyai sebuah perniagaan percetakan sy sendiri di Sri Rampai Kuala Lumpur. walau pun bebekalkan hanya pengalaman dalam design dan percetakan tapi sy masih kosong dalam ilmu perniagaan. Saya sendiri pun tidak percaya dengan ap yg saya ad sekarang iaitu perniagaan sendiri di kota Kuala Lumpur. Saya berasa bangga apabila pelanggan-pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan kami terutama apabila pelanggan dari bangsa lain.  Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan mereka yg memonopoli bidang ini.Dulu saya bekerja sebagai pereka grafik di sebuah syarikat kecil. Bermula dengan hanya bergaji pokok Rm900 sy mula bekerja. Pada masa itu sy baru lepas bersalin. Untuk membantu suami sy gagahkan diri juga untuk bekerja.Saya bekerja dengan bersungguh-sungguh dengan niat untuk mencari rezeki. Alhamdulillah syarikat bos saya telah berkembang pesat dan sekarang dia sudah ad bangunan sendiri dan beberapa cawangan. Saya mula fikir,kalau aku mampu buat syarikat org lain maju kenapa aku tidak boleh bantu diri serta keluarga jadi lebih maju. Selepas itu,  sy bertekad nak membuka syarikat sendiri. Sekarang Right Click Printing &Design sudah lebih 1tahun dan sy menyertai kelas Dr Azizan untuk menambah ilmu perniagaan dan marketing. dan sy yakin sy pasti berjaya!